Rambut memainkan peranan dalam menentukan rupa paras seseorang. Namun begitu penjagaan rambut bukan hanya perlu dititikberatkan untuk wanita “free hair” sahaja, malah sebenarnya ia lebih penting bagi wanita yang berhijab kerana perlu memastikan kesihatan rambut terjaga sepanjng hari.
Penjagaan yang rapi adalah sangat penting kerana aliran udara yang tidak menyeluruh boleh menyebabkan rambut rosak dan menyebabkan berkelimumur.
Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat. Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia. Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kurtikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam. Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
Tahukah anda?
Rambut akan memanjangkan 3 – 4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
Tips Penjagaan Rambut Secara Luaran
1. Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jeni aktiviti yang dilakukan.
2. Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
3. Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan bila rambut kering, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
4. Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
5. Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjer sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
6. Rambut yang berkelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid saliclic, zink, tars atau selenium sulfate.
7. Rambut rapuh, pecah atau bercabang disebabkan kerana terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan, mengerintingkan dan mewarnakan rambut serta kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisr rambut dalam keadan basah. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi, gunakan syampu serta perapi rambut yang bersesuai.
8. Belai rambut dengan minyak perapi mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas mandi. Ini akan bantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin untuk jangka masa berterusan.
9. Tiga hingga enam bulan sekali, kunjungilah salon berdekatan untuk memotong sedikit hujung rambut. Cara ini akan membuatkan rambut kekal sihat tanpa sebarang kerosakan hujung rambut.
10. Gunakan getah yang diperbuat daripada fabrik baldu mahupun satin. Jangan sesekali mengikat rambut ketat-ketat menggunakan getah sayur mahupun getah yang keras kerana ia akan menarik kuat rambut dari permukaan kulit kepala seterusnya melemahkan akar umbi sehingga menjadi punca masalah keguguran.
11. Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia hanya akan menjadikan tekstur rambut kasar, kering serta mengerbang. Mandi sahaja dengan air sejuk
12. Jangan sanggul rambut dalam keadaan basah. Pastikan rambut sudah benar-benar kering sebelum memakai tudung. Rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan membiak kelemumur, menjadi kusut dan buat hujung rambut berbuah serta bercabang. Kulit kepala juga akan berminyak.
13. Cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Jangan cuci setiap hari kerana rambut basah akan menjadikan risiko keguguran lebih tinggi. Pastikan anda menyampu kulit kepala, mengurut serta menggaru lembut kulit kepala buat beberapa ketika.
14. Sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah dicuci dan tidak kusut. Rambut kusut akan menyukarkan proses syampu seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah
Tips Penjagaan Rambut Secara Dalaman
Gaya pemakanan yang seimbang dan berkhasiat juga sedikit sebanyak mendorong kesihatan dan kecantikan rambut. Maka, ambillah makanan tambahana seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika, Vitamin B, C dan E serta zat besi dan omega 3 untuk penjagaan rambut agar kekal sihat.
Di shaklee terdapat set kesihatan penjagaan secara dalaman rambut. Antara set tersebut adalah seperti :
1. Zinc Plus
- Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut.
- Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal.
- Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan.
Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.
2. B-Complex
- Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi.
- B-complex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang.
- Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur.
- Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan b-complex sangat banyak untuk masalah rambut gugur.
3. Energizing Soy Protein (ESP)
- ESP ni kaya dengan protein yang membantu pertumbuhan rambut dengan cepat.
- Ia juga dapat memberi kesihatan kepada badan dan mencantikkan kulit serta rambut.
- Keratin rambut dibuat daripada protein yang membantu membaiki rambut kering dan rosak.
So, dapatkan Set Penjagaan Rambut Secara Dalaman Shaklee ini daripada kak Sue melalui dua cara;-
- Buat pembelian produk yang dipilih secara online di E-Sell Shaklee, (bayaran Debit Card & Credit Card diterima) atau
- Whatsapp kak Sue melalui link ini http://sueanna.wasap.my (011-25353733) untuk membuat tempahan.
Disclaimer: Segala konsultasi pemakaian Produk berkesan, terhad kepada customer kak Sue sahaja.
Jumpa di next entry! Semoga artikel ini membantu anda meningkatkan tahap kesihatan serta kecantikan rambut anda insyaAllah!
Luv,
Kak Sue Anna
01125353733
Your Trusted Shaklee Distributor
Artikel Wajib Baca : YOUTH™ Restoring Eye Treatment